~mandi wajib~

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

nak kongsi cerita pengalaman mandi wajib beramai-ramai ketika mengikuti 'kem remaja rabbani''anjuran sekolah.

sebelum mandi kami semua diajar dan ditanya apa itu mandi wajib.lepas tu ustaz tersebut mengatakan 'siapa disini tidak pernah mandi wajib dan tidak tau mandi wajib itu apa'.jadi adalah hamba ALLAH sorang ni mengangkat tangan.terkejut saya rasa kerana kami semua dah 14thn tapi masih ada lagi yang tidak pandai mandi wajib.jika kawan saya tu dah baligh ketika umur 12thn,tetapi tidak mandi wajib.adakah solatnya sebelum ni diterima?wallahalam,hanya ALLAH yang mampu menjawanya.

jadi sila beri perhatian!! ketika membaca cara/kaedah mandi wajib

Berikut ini saya catat dan ringkaskancara/kaedah sebenar mandi wajibsupaya ianya jelas dan lebih mudah difahami.

  1. Baca Basmalah (Bismillãh hirrahmãn nirrahîm).
  2. Kemudian membasuh kedua-dua belah tangan.
  3. Beristinjak – membersihkan kemaluan dan menghilangkan najis (jika ada).
  4. Mengambil wudhuk (air sembahyang) seperti wudhuk untuk solat.
  5. Menuangkan air ke atas kepala sebanyak 3 kali sambil berniat ; “Sahaja aku mandi untuk mengangkat janabah (hadas besar) kerana Allah”.
  6. Menuangkan air ke badan sebelah kanan sebanyak 3 kali, kemudian ke badan sebelah kiri 3 kali. Sunat menggosok bahagian hadapan dan belakang badan dan sunat pula menyilang-nyilang seluruh rambut supaya air sampai ke kulit kepala. (Meratakan air keseluruh badan adalah wajib, manakala perlakuan menyilang-nyilang rambut adalah sunat). Begitu juga wajib menyampaikan air kepada segala pelipatan dan semua bahagian yang ditumbuhi rambut, samada rambut itu jarang atau tebal.
  7. Memelihara tangan daripada menyentuh kemaluan ketika mandi itu, selepas mengambil wudhuk. Jika tersentuh, maka wajib mengambil wudhuk semula,kerana hal itu membatalkan wudhuk.

post signature


Komen anda amat dihargai untuk membaiki mutu blog ini. Terima kasih.

6 komen:

Dee said...

salam...
rukun mndi wajib ade 2 jee...
1. niat
2. meratakan air ke sluruh anggota badan...
memadai wat 2 perkara tuu jee da sah...

wunny said...

bagos la tules nih.
mende wajib ni la org amek ringan.
ade sowg tu umo 8teen da,
tanye aku psl mandi wajib.
laki lak tuh.
uihhh

Dj Epoi said...

Salam....

Bagus x3

Ada yg dah terlupa dah tuh!!!! ehehehehehheheh...

~@cap~1995 said...

dee:mmg lah memadai tapi klu nk dapat pahala buat lah yg sunat sekali...tapi pastikan yg 2rukun tu dah betul disempurnakan .

wunny:mmg ramai org ambik ringan...isy...8teen bru nk tanye...adoi..teruk2.

dj epoi:haa..mmg ramai yg lupe..saya tau.hehehehe

Lin said...

Dj Epoi tu ckp mcm dia pun lupa gak tu...ekeke

malu2.. tp mmg btol..bagos ko tules mende2 ni..nmpk cam kecik punya hal..ala mandi je.. tp, dosa beb kalo tak buat btol2 ikut rukun dan tatatertib dia..

bagoslah...ank sape neyyh.?? eheh.

~@cap~1995 said...

lin:heheh..nie ank encik mohd hata:)

 

Copyright @ 2009/10 asyraf.com: ~mandi wajib~ | Original Template: Blogger | Modified By ASYRAF1995 dan ien | Resolution: 1024x768 | Best View: Google Chrome | Top