E-toyol.com


mesti tonton!!

KISAH toyol zaman moden yang diselitkan elemen komedi antara tarikan utama dalam drama bersiri sebanyak 20 episod,e-toyol.com terbaru terbitan MIG Beats Sdn Bhd.

Pengarah drama ini, Abdul Azizi Awang Ghazali berkata, toyol versi baru ini juga mempunyai kelainan dari cerita toyol yang pernah dihasilkan sebelum ini.

“Sebelum menerima projek drama ini, saya juga banyak membuat kajian mendalam termasuk membaca buku dan menonton filem berkaitan toyol terlebih dulu.

“Maklumlah, penonton sekarang sudah bijak membuat penilaian dan sebagai pengarah, sudah pasti saya tidak mahu cerita ini nampak tidak logik serta dipertikaikan orang bila bersiaran nanti.

“Apa yang menarik, toyol dalam cerita ini nampak comel dan bukan menakutkan seperti yang dipaparkan dalam drama atau filem sebelum ini. Ia juga membabitkan sedikit teknik CGI untuk memberi kesan khas pada wajah toyol dalam cerita ini. Toyol versi komedi ini juga tidak mencuri wang sebaliknya mencuri komputer atau permainan PS2.

“Ia berkisar mengenai budak bernama Dogol/Iwan yang dibuli di sekolah dan menghasilkan laman webnya sendiri untuk membalas dendam,” katanya.

Abdul Azizi berkata demikian ketika ditemui sempena pelancaran drama bersiri e-toyol.com di Restoran Lemon, Mines, Seri Kembangan, baru-baru ini. Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif, Metrowealth International Group (MIG), David Teo.

Bagaimanapun, Abdul Azizi yang juga ‘anak didik’ pengarah Ahmad Idham mengakui berhadapan cabaran tersendiri untuk mengarahkan drama berkenaan.

“Inidrama kedua arahan saya selepas JPB The Series. Sebelum ini saya banyak menjadi penolong pengarah kepada Ahmad Idham menerusi projek filem dan dramanya seperti JPB Congkak, Impak Maksima dan Puaka Ni Yang Rapik untuk TV3.

“Bersandarkan ilmu pengarahan sedia ada, saya yakin boleh memberikan yang terbaik untuk drama bersiri ini.

“Saya tidak menafikan berhadapan dengan cabaran untuk mengendalikan enam pelakon kanak-kanak yang juga watak utama dalam cerita ini. Selain itu, cerita ini juga membabitkan seramai 30 pelakon pembantu,” katanya.
Menurut Abdul Azizi, pihaknya juga membuat uji bakat mencari pelakon sesuai untuk bawa watak toyol versi komedi berkenaan.

“Akhirnya,kami bertemu pelakon sesuai untuk watak toyol dan Iwan iaitu Muhd Azhari Azizam. Pelakon kanak-kanak yang lain pula rata-rata ada pengalaman berlakon dan tidak sukar untuk menjiwai watak masing-masing.

“Penggambaran dibuat sekitar Kuala Lumpur bermula 15 Mei lalu.Kami juga memilih menjayakan penggambaran pada musim cuti sekolah kerana drama ini membabitkan ramai pelakon kanak-kanak dan kami tidak mahu penggambaran drama ini menjejaskan persekolahan mereka.

“Buat permulaan, saya perlu menyiapkan penggambaran sebanyak empat episod terlebih dulu yang mula bersiaran bermula 16 Jun nanti,” katanya.

Cerita bermula dengan budak lelaki berkepala botak, pendek dan comel yang digelar kawan-kawannya di sekolah dengan nama Dogol kerana fizikalnya yang sama dengan watak Pak Dogol dalam wayang kulit. Nama sebenarnya ialah Erwan Hamidi yang juga anak pengusaha restoran.

Dogol ingin mengubah dirinya yang sering berasa rendah diri dan dibuli disekolah kepada lebih yakin dan berani serta mendapat kasih sayang secukupnya dari keluarga.

Sekalipun bukan murid pintar, Dogol sangat mahir dalam komputer dan internet. Dia juga menyimpan kemarahan dalam dirinya kerana sering menjadi bahan usikan di sekolah.

Justeru, dia mula menyebarkan kabar angin di internet dan mencipta laman web seram yang fokusnya adalah toyol.

Dia juga melakarkan rupa toyol yang kononnya pernah ditemui. Ramai orang terpedaya dengan cerita dongengnya itu sekali gus memudahkan rancangannya itu.

Sehinggalah pada suatu malam, toyol sudah memberontak dan berjaya melepaskan diri dari tuannya dan mencari Dogol/Iwan. Toyol juga leka melihat Dogol yang sering mengadap komputer seorang diri pada waktu malam dan akhirnya, bersemukalah Dogol dan Toyol.

Drama menarik ini dibintangi barisan pelakon seperti Norliana Shamsudin (Syamila), Nurul Abd Wahab (Mazlin), Muhd Azhari Azizam (Dogol/Iwan), Ifa Raziah (Kalsom), Erry Putra (Adlan), Fauzi Nawawi (Hamidi Busu), Rafidah Ibrahim (Ustazah Sarah), Ery Sulaiman (Man), Ahmad Ezzrin Loy (Haslam), Mohamad Azwan Azmi (Cikgu Razlan), Haszmi Abd Aziz (Cek), Nurdatul Fazillah (Rina) dan Iskandarsah Hashim(Bob).

Drama E-Toyol.com akan menemui penonton menerusi slot lagenda untuk TV3 bermula 16 Jun nanti.

post signature


Komen anda amat dihargai untuk membaiki mutu blog ini. Terima kasih.

11 komen:

Dj Epoi said...

Yap ....orang skank dah tak macam dulu dah ........

Orang skank dah makin ramai yang sendirik jadik hantu atau Toyol hehheheheheheh

asked said...

toyoollll~~~
sore dak dogol tu cam sore shin chan kan...

heee~toink2

~@cap~1995 said...

dj epoi:tau xpe..hehehe

asked:xperasan lak...yer ke....

Ainul said...

tak penah tgk citer ni.
cam x best jer..

~@cap~1995 said...

BEST AHCITE NIE...
ONLINE DARI JEPUN..

Ainul said...

apa maksud awak??
--> online dari jepun <--

~@cap~1995 said...

SKANG SAYA KAT JEPUN LAH.....SBB 2..LAH BLOG NIE XSELALU DI UPDATE..NNTI KLU SAYA DH BALIK..SAYA BGTAU AWK...SYG AWK

Eja Kamel said...

best sgt ke cite ni..cm ngarut jer..akanku cube tuk tgk.

~@cap~1995 said...

mmg lah mcm mengarut...tapi crita nie...ade lawak siap ngn alam cyber....best...xtengok rugi

LuVidA^^ said...

lyn lagu die je..huhuu

~@cap~1995 said...

luvida:lagu die pon best asyraf dah hafal dh..perh...hehhe

 

Copyright @ 2009/10 asyraf.com: E-toyol.com | Original Template: Blogger | Modified By ASYRAF1995 dan ien | Resolution: 1024x768 | Best View: Google Chrome | Top