E-toyol.com


mesti tonton!!

KISAH toyol zaman moden yang diselitkan elemen komedi antara tarikan utama dalam drama bersiri sebanyak 20 episod,e-toyol.com terbaru terbitan MIG Beats Sdn Bhd.

Pengarah drama ini, Abdul Azizi Awang Ghazali berkata, toyol versi baru ini juga mempunyai kelainan dari cerita toyol yang pernah dihasilkan sebelum ini.

“Sebelum menerima projek drama ini, saya juga banyak membuat kajian mendalam termasuk membaca buku dan menonton filem berkaitan toyol terlebih dulu.

“Maklumlah, penonton sekarang sudah bijak membuat penilaian dan sebagai pengarah, sudah pasti saya tidak mahu cerita ini nampak tidak logik serta dipertikaikan orang bila bersiaran nanti.

“Apa yang menarik, toyol dalam cerita ini nampak comel dan bukan menakutkan seperti yang dipaparkan dalam drama atau filem sebelum ini. Ia juga membabitkan sedikit teknik CGI untuk memberi kesan khas pada wajah toyol dalam cerita ini. Toyol versi komedi ini juga tidak mencuri wang sebaliknya mencuri komputer atau permainan PS2.

“Ia berkisar mengenai budak bernama Dogol/Iwan yang dibuli di sekolah dan menghasilkan laman webnya sendiri untuk membalas dendam,” katanya.

Abdul Azizi berkata demikian ketika ditemui sempena pelancaran drama bersiri e-toyol.com di Restoran Lemon, Mines, Seri Kembangan, baru-baru ini. Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif, Metrowealth International Group (MIG), David Teo.

Bagaimanapun, Abdul Azizi yang juga ‘anak didik’ pengarah Ahmad Idham mengakui berhadapan cabaran tersendiri untuk mengarahkan drama berkenaan.

“Inidrama kedua arahan saya selepas JPB The Series. Sebelum ini saya banyak menjadi penolong pengarah kepada Ahmad Idham menerusi projek filem dan dramanya seperti JPB Congkak, Impak Maksima dan Puaka Ni Yang Rapik untuk TV3.

“Bersandarkan ilmu pengarahan sedia ada, saya yakin boleh memberikan yang terbaik untuk drama bersiri ini.

“Saya tidak menafikan berhadapan dengan cabaran untuk mengendalikan enam pelakon kanak-kanak yang juga watak utama dalam cerita ini. Selain itu, cerita ini juga membabitkan seramai 30 pelakon pembantu,” katanya.
Menurut Abdul Azizi, pihaknya juga membuat uji bakat mencari pelakon sesuai untuk bawa watak toyol versi komedi berkenaan.

“Akhirnya,kami bertemu pelakon sesuai untuk watak toyol dan Iwan iaitu Muhd Azhari Azizam. Pelakon kanak-kanak yang lain pula rata-rata ada pengalaman berlakon dan tidak sukar untuk menjiwai watak masing-masing.

“Penggambaran dibuat sekitar Kuala Lumpur bermula 15 Mei lalu.Kami juga memilih menjayakan penggambaran pada musim cuti sekolah kerana drama ini membabitkan ramai pelakon kanak-kanak dan kami tidak mahu penggambaran drama ini menjejaskan persekolahan mereka.

“Buat permulaan, saya perlu menyiapkan penggambaran sebanyak empat episod terlebih dulu yang mula bersiaran bermula 16 Jun nanti,” katanya.

Cerita bermula dengan budak lelaki berkepala botak, pendek dan comel yang digelar kawan-kawannya di sekolah dengan nama Dogol kerana fizikalnya yang sama dengan watak Pak Dogol dalam wayang kulit. Nama sebenarnya ialah Erwan Hamidi yang juga anak pengusaha restoran.

Dogol ingin mengubah dirinya yang sering berasa rendah diri dan dibuli disekolah kepada lebih yakin dan berani serta mendapat kasih sayang secukupnya dari keluarga.

Sekalipun bukan murid pintar, Dogol sangat mahir dalam komputer dan internet. Dia juga menyimpan kemarahan dalam dirinya kerana sering menjadi bahan usikan di sekolah.

Justeru, dia mula menyebarkan kabar angin di internet dan mencipta laman web seram yang fokusnya adalah toyol.

Dia juga melakarkan rupa toyol yang kononnya pernah ditemui. Ramai orang terpedaya dengan cerita dongengnya itu sekali gus memudahkan rancangannya itu.

Sehinggalah pada suatu malam, toyol sudah memberontak dan berjaya melepaskan diri dari tuannya dan mencari Dogol/Iwan. Toyol juga leka melihat Dogol yang sering mengadap komputer seorang diri pada waktu malam dan akhirnya, bersemukalah Dogol dan Toyol.

Drama menarik ini dibintangi barisan pelakon seperti Norliana Shamsudin (Syamila), Nurul Abd Wahab (Mazlin), Muhd Azhari Azizam (Dogol/Iwan), Ifa Raziah (Kalsom), Erry Putra (Adlan), Fauzi Nawawi (Hamidi Busu), Rafidah Ibrahim (Ustazah Sarah), Ery Sulaiman (Man), Ahmad Ezzrin Loy (Haslam), Mohamad Azwan Azmi (Cikgu Razlan), Haszmi Abd Aziz (Cek), Nurdatul Fazillah (Rina) dan Iskandarsah Hashim(Bob).

Drama E-Toyol.com akan menemui penonton menerusi slot lagenda untuk TV3 bermula 16 Jun nanti.

post signature


Komen anda amat dihargai untuk membaiki mutu blog ini. Terima kasih.

~temuduga terbuka~

[download7.jpg]
SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:

A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli
Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN
(khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA
:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA
:
Di dalam kubur (alam barzah).

KELAYAKAN
:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA
:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR
:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON
:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.

Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI
:
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:

Sabda Rasulullah S.A.W:
'Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu.

Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.'

Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk.

Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya?

Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala.


Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya'.

Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dalam temuduga ini.

by pendakwah muda.

post signature


Komen anda amat dihargai untuk membaiki mutu blog ini. Terima kasih.

~pembaca senyap~

saya nak tahu juga kenapa ramai pelawat blog ni ramai yang membaca daripada mengomen.
kalau dah baca bagi lah komen atau tinggalkan jejak anda.saya nk juga mengetahui kekurangan dan kelebihan blog ni.saya tau lah ''diam lagi baik daripada berkata tentang yang tak berfaedah''.
tapi dalam blog saya semua berfaedah.jadi ramai-ramai lah komen dan tiggalkan jejak anda.semoga blog ni menjadi ''succes''

post signature


Komen anda amat dihargai untuk membaiki mutu blog ini. Terima kasih.

~cara mengelak dirompak~

TAK MAHU DIROMPAK JOM BACA!!
1. Untuk rumah, pasang perangkap tikus sebanyak mungkin, letakkan umpan emas atau besi atau duit.

2. Untuk melindungi kereta anda, langgar apa-apa agar kereta anda kemek, pancitkan tayar anda, beli rim second hand yang buruk, beli ezsos paling murah dan jangan letak stiker pada kereta anda.


3. Untuk motor, pancitkan tayar, cabut spark plug dan sentiasa memastikan tangki minyak kosong.

4.Untuk anak anda, beli pakaian bundle untuk mereka pakai, beri hanya 50 sen sehari pada mereka.


5. Untuk anda sendiri, jangan suka menunjuk (berdosa tau !!!)


post signature


Komen anda amat dihargai untuk membaiki mutu blog ini. Terima kasih.

~mandi wajib~

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

nak kongsi cerita pengalaman mandi wajib beramai-ramai ketika mengikuti 'kem remaja rabbani''anjuran sekolah.

sebelum mandi kami semua diajar dan ditanya apa itu mandi wajib.lepas tu ustaz tersebut mengatakan 'siapa disini tidak pernah mandi wajib dan tidak tau mandi wajib itu apa'.jadi adalah hamba ALLAH sorang ni mengangkat tangan.terkejut saya rasa kerana kami semua dah 14thn tapi masih ada lagi yang tidak pandai mandi wajib.jika kawan saya tu dah baligh ketika umur 12thn,tetapi tidak mandi wajib.adakah solatnya sebelum ni diterima?wallahalam,hanya ALLAH yang mampu menjawanya.

jadi sila beri perhatian!! ketika membaca cara/kaedah mandi wajib

Berikut ini saya catat dan ringkaskancara/kaedah sebenar mandi wajibsupaya ianya jelas dan lebih mudah difahami.

  1. Baca Basmalah (Bismillãh hirrahmãn nirrahîm).
  2. Kemudian membasuh kedua-dua belah tangan.
  3. Beristinjak – membersihkan kemaluan dan menghilangkan najis (jika ada).
  4. Mengambil wudhuk (air sembahyang) seperti wudhuk untuk solat.
  5. Menuangkan air ke atas kepala sebanyak 3 kali sambil berniat ; “Sahaja aku mandi untuk mengangkat janabah (hadas besar) kerana Allah”.
  6. Menuangkan air ke badan sebelah kanan sebanyak 3 kali, kemudian ke badan sebelah kiri 3 kali. Sunat menggosok bahagian hadapan dan belakang badan dan sunat pula menyilang-nyilang seluruh rambut supaya air sampai ke kulit kepala. (Meratakan air keseluruh badan adalah wajib, manakala perlakuan menyilang-nyilang rambut adalah sunat). Begitu juga wajib menyampaikan air kepada segala pelipatan dan semua bahagian yang ditumbuhi rambut, samada rambut itu jarang atau tebal.
  7. Memelihara tangan daripada menyentuh kemaluan ketika mandi itu, selepas mengambil wudhuk. Jika tersentuh, maka wajib mengambil wudhuk semula,kerana hal itu membatalkan wudhuk.

post signature


Komen anda amat dihargai untuk membaiki mutu blog ini. Terima kasih.

~kbs~

BannerFans.com
kepada para blogger selangor.jom lah kita join!! ksb=komuniti selangor blogger
klik [sini].disinilah tempat berhimpunnya blogger-blogger selangor.follow blog kbs kemudian ambil banner kbs juga.tidak lupa,kirim lah link blog anda di shout mix kbs.

post signature


Komen anda amat dihargai untuk membaiki mutu blog ini. Terima kasih.

~page rank~

page rank??
apa bendanya page rank tu?
nak tau?
page rank tu seperti ranking blog kita.
lagi ramai orang kunjung blog kita lagi bertambahlah page rank kita.
sedang tengok blog orang yang ada [page rank] saya pun nak 'try' lihat pagerank saya.
rupa-rupanya dalam tidak sedar,blog saya telah mencapai 1pagerank.jadi saya amat berterima kasih kepada yang menyokong blog ni dan selalu berkunjung di blog saya.
powered by PRBbutton
powered by PRBbutton
(nilah buktinya pagerank saya 1)
post signature

Komen anda amat dihargai untuk membaiki mutu blog ini. Terima kasih.

~selamat hari bapa~


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

selamat hari bapa ayah.asyraf sayang ayah dengan ibu.

semoga panjang umur.semoga mendapat rezeki berlimpah ruah.semoga dilindungi ALLAH walau dimana juga.

post signature


Komen anda amat dihargai untuk membaiki mutu blog ini. Terima kasih.

~kembali~


setelah beberapa hari cuti,saya akan kembali memblog.
dengan rela hati saya telah membuatkan blog untuk kelas saya sendiri:kelas 2cyber
mencapai 100%pmr pada 2010.copyright by 2cyber[url]
blog ini bertujuan untuk mengingati dan mempelajari untuk maju.
blog ini akan diupdate oleh acap untuk tatapan 2cyber.

post signature


Komen anda amat dihargai untuk membaiki mutu blog ini. Terima kasih.

~rehat~

blog ini berehat buat seketika kerana admin blog ni tengah bercuti.
kalau ada masalah sila kasi pesanan di ruangan shout mix atau komen terus.
maaf jika buat salah.terima kasih beri sokongan kepada blog ini.

post signature


Komen anda amat dihargai untuk membaiki mutu blog ini. Terima kasih.

~seni bela diri~

seni pertahanan diri.amat penting pada zaman moden ini.selain itu,ia boleh mengurangkan aktiviti jenayah.selain itu,dapat merapatkan silaturrahim antara orang-orang malaysia yang pelbagai kaum.seperti silat,taekwandoe,tomoi,kungfu,judo,ninja,wrestling.jangan hanya melihat kekurangan sesuatu seni bela diri jika belum mengetahuinya lagi.(Pantang Melayu menyerah kalah..kata2 semangat dari mahaguru silat seni gayong malaysia)

post signature


Komen anda amat dihargai untuk membaiki mutu blog ini. Terima kasih.

~handfon baru~



alhamdulillah..dah lama berniat nak tukar handfon baru sabab handfon lama bayak masalah!nak call orang tak boleh,nak kasi mesej susah.akhirnya berjaya dapatkan handfon baru.

beli kat LOW YAT.harganye biarlah rahsia.thank ayah ibu(kasi kebenaran)abang(pandu kereta)akak(kat uia)adik(tukang main game)


post signature


Komen anda amat dihargai untuk membaiki mutu blog ini. Terima kasih.

 

Copyright @ 2009/10 asyraf.com: June 2009 | Original Template: Blogger | Modified By ASYRAF1995 dan ien | Resolution: 1024x768 | Best View: Google Chrome | Top