E-toyol.com


mesti tonton!!

KISAH toyol zaman moden yang diselitkan elemen komedi antara tarikan utama dalam drama bersiri sebanyak 20 episod,e-toyol.com terbaru terbitan MIG Beats Sdn Bhd.

Pengarah drama ini, Abdul Azizi Awang Ghazali berkata, toyol versi baru ini juga mempunyai kelainan dari cerita toyol yang pernah dihasilkan sebelum ini.

“Sebelum menerima projek drama ini, saya juga banyak membuat kajian mendalam termasuk membaca buku dan menonton filem berkaitan toyol terlebih dulu.

“Maklumlah, penonton sekarang sudah bijak membuat penilaian dan sebagai pengarah, sudah pasti saya tidak mahu cerita ini nampak tidak logik serta dipertikaikan orang bila bersiaran nanti.

“Apa yang menarik, toyol dalam cerita ini nampak comel dan bukan menakutkan seperti yang dipaparkan dalam drama atau filem sebelum ini. Ia juga membabitkan sedikit teknik CGI untuk memberi kesan khas pada wajah toyol dalam cerita ini. Toyol versi komedi ini juga tidak mencuri wang sebaliknya mencuri komputer atau permainan PS2.

“Ia berkisar mengenai budak bernama Dogol/Iwan yang dibuli di sekolah dan menghasilkan laman webnya sendiri untuk membalas dendam,” katanya.

Abdul Azizi berkata demikian ketika ditemui sempena pelancaran drama bersiri e-toyol.com di Restoran Lemon, Mines, Seri Kembangan, baru-baru ini. Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif, Metrowealth International Group (MIG), David Teo.

Bagaimanapun, Abdul Azizi yang juga ‘anak didik’ pengarah Ahmad Idham mengakui berhadapan cabaran tersendiri untuk mengarahkan drama berkenaan.

“Inidrama kedua arahan saya selepas JPB The Series. Sebelum ini saya banyak menjadi penolong pengarah kepada Ahmad Idham menerusi projek filem dan dramanya seperti JPB Congkak, Impak Maksima dan Puaka Ni Yang Rapik untuk TV3.

“Bersandarkan ilmu pengarahan sedia ada, saya yakin boleh memberikan yang terbaik untuk drama bersiri ini.

“Saya tidak menafikan berhadapan dengan cabaran untuk mengendalikan enam pelakon kanak-kanak yang juga watak utama dalam cerita ini. Selain itu, cerita ini juga membabitkan seramai 30 pelakon pembantu,” katanya.
Menurut Abdul Azizi, pihaknya juga membuat uji bakat mencari pelakon sesuai untuk bawa watak toyol versi komedi berkenaan.

“Akhirnya,kami bertemu pelakon sesuai untuk watak toyol dan Iwan iaitu Muhd Azhari Azizam. Pelakon kanak-kanak yang lain pula rata-rata ada pengalaman berlakon dan tidak sukar untuk menjiwai watak masing-masing.

“Penggambaran dibuat sekitar Kuala Lumpur bermula 15 Mei lalu.Kami juga memilih menjayakan penggambaran pada musim cuti sekolah kerana drama ini membabitkan ramai pelakon kanak-kanak dan kami tidak mahu penggambaran drama ini menjejaskan persekolahan mereka.

“Buat permulaan, saya perlu menyiapkan penggambaran sebanyak empat episod terlebih dulu yang mula bersiaran bermula 16 Jun nanti,” katanya.

Cerita bermula dengan budak lelaki berkepala botak, pendek dan comel yang digelar kawan-kawannya di sekolah dengan nama Dogol kerana fizikalnya yang sama dengan watak Pak Dogol dalam wayang kulit. Nama sebenarnya ialah Erwan Hamidi yang juga anak pengusaha restoran.

Dogol ingin mengubah dirinya yang sering berasa rendah diri dan dibuli disekolah kepada lebih yakin dan berani serta mendapat kasih sayang secukupnya dari keluarga.

Sekalipun bukan murid pintar, Dogol sangat mahir dalam komputer dan internet. Dia juga menyimpan kemarahan dalam dirinya kerana sering menjadi bahan usikan di sekolah.

Justeru, dia mula menyebarkan kabar angin di internet dan mencipta laman web seram yang fokusnya adalah toyol.

Dia juga melakarkan rupa toyol yang kononnya pernah ditemui. Ramai orang terpedaya dengan cerita dongengnya itu sekali gus memudahkan rancangannya itu.

Sehinggalah pada suatu malam, toyol sudah memberontak dan berjaya melepaskan diri dari tuannya dan mencari Dogol/Iwan. Toyol juga leka melihat Dogol yang sering mengadap komputer seorang diri pada waktu malam dan akhirnya, bersemukalah Dogol dan Toyol.

Drama menarik ini dibintangi barisan pelakon seperti Norliana Shamsudin (Syamila), Nurul Abd Wahab (Mazlin), Muhd Azhari Azizam (Dogol/Iwan), Ifa Raziah (Kalsom), Erry Putra (Adlan), Fauzi Nawawi (Hamidi Busu), Rafidah Ibrahim (Ustazah Sarah), Ery Sulaiman (Man), Ahmad Ezzrin Loy (Haslam), Mohamad Azwan Azmi (Cikgu Razlan), Haszmi Abd Aziz (Cek), Nurdatul Fazillah (Rina) dan Iskandarsah Hashim(Bob).

Drama E-Toyol.com akan menemui penonton menerusi slot lagenda untuk TV3 bermula 16 Jun nanti.

post signature


Komen anda amat dihargai untuk membaiki mutu blog ini. Terima kasih.

~temuduga terbuka~

[download7.jpg]
SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:

A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli
Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN
(khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA
:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA
:
Di dalam kubur (alam barzah).

KELAYAKAN
:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA
:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR
:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON
:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.

Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI
:
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:

Sabda Rasulullah S.A.W:
'Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu.

Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.'

Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk.

Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya?

Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala.


Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya'.

Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dalam temuduga ini.

by pendakwah muda.

post signature


Komen anda amat dihargai untuk membaiki mutu blog ini. Terima kasih.

 

Copyright @ 2009/10 asyraf.com | Original Template: Blogger | Modified By ASYRAF1995 dan ien | Resolution: 1024x768 | Best View: Google Chrome | Top