Showing posts with label fakta. Show all posts
Showing posts with label fakta. Show all posts

DAKWAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA


DIALOG ASYRAF BERSAMA SEORANG SAHABAT DARI YM.


BUKAN UNTUK KEAIBAN TAPI UNTUK PENGAJARAN.


syafiq nag : disebalik rahsia face book.....baik anda berhati-hati http://pendakwahkontemporari.blogspot.com/2009/06/di-sebalik-facebook-renungkan.html
syafiq nag :aper lak ni?
syafiq nag : facebook la bess weyh..
syafiq nag : the largest comunity.
unique Asyraf (: bace lah....tipu daye yg di buat oleh facebook
syafiq nag : in the WORLD
unique Asyraf :ko tau x???yg facebook nie.....cre2 org israel serang org palestin
syafiq nag :dik jgmn bg kt org satu ofis abgdahh.
syafiq nag :nnty diorg block fb tu abg jugak yg ssh taww.
unique Asyraf : dgn bantuan org yg join face book
unique Asyraf :nape lak?
unique Asyraf :?
unique Asyraf :xphm lah
syafiq nag :palestin cr pasal saper suruh?
syafiq nag:kan?

syafiq nag :saper yg cari pasal dulu?
syafiq nag :palestine en??
syafiq nag :timnblkan isu kaum..
unique Asyraf :?palestin org islam....kite kene bantu org islam....walaupon org islma yg salah
syafiq nag :tu la jawapan yg plg funny abg pernah dgr dik..
unique Asyraf :aik?
syafiq nag :diorg mulakan dulu masalah [erkauman ni.
syafiq nag :*per
syafiq nag :cuber tgk negara kita ni..
unique Asyraf :tapi.....dorg kafir...
unique Asyraf :abg xsokong org islam ke?
unique Asyraf :dorg tgh susah.....
syafiq nag : ader ker masalah kulit org itam x leh mkn kedai org kulit coklat/
syafiq nag :anbg sokong dik.
unique Asyraf : xder lah mcm2....tapi...selagi kite org islam...kite kene lah...bantu org islam di
sane...
syafiq nag :tp diorg yg mulakan dulu prob ni.
unique Asyraf :yup
syafiq nag :abg sokong. tp ckit jerr la., 20% jerr.
syafiq nag :sbb abg tau org islam yg mulakan pergaduhan dulu dik..
unique Asyraf :tapi...dulu2...nabi kene ejek....xder pon ...smpai perang....nabi sabar je
unique Asyraf :xkan israel xleh sabr???teros perang?
syafiq nag :nabi tu special dik.
syafiq nag :adik pernah dgr satu cerita x?
unique Asyraf :sbb special lah kite kene ikut

unique Asyraf : crita ape?
syafiq nag :yg allah keluarkan nabi punya titik hitam dlm hati dia?
unique Asyraf :yup...tau
syafiq nag : aa..
unique Asyraf :tapi.....khalifah yg lain...boleh je...ikut mcm nabi
syafiq nag :ok la.. abg forwardkan k?
unique Asyraf : ok..mcm2 lah....sygkan islam....alhamdulillah
syafiq nag :alhamduliil;l;ah..
syafiq nag :kali ni adik menang.
unique Asyraf : bukan adik yg menang....tapi..islam yg menang..adik pon byk membace je
syafiq nag :ok2x.. betol tu.



DAKWAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA


post signature


Komen anda amat dihargai untuk membaiki mutu blog ini. Terima kasih.

selamat hari merdeka

merdeka3x

selamat hari merdeka kepada semua rakyat malaysia

semoga negara kita akan sentiasa harmoni

tanpa peperangan
PEACE NO WAR




post signature


Komen anda amat dihargai untuk membaiki mutu blog ini. Terima kasih.

jom main teka teki




  1. ikan apa yang ada ketiak?

  2. ikan apa yang sakit perut?

  3. apa yang masa kecil dia hitam!masa besar dia putih?

  4. kalau kapal tenggelam apa yang timbul?

  5. kotak apa yang tidak boleh dilipat?

sila lengkapkan borang diatas dengan jawapan yang betol dan sesuai di ruangan komen!jawapan anda diperlukan sama sekali.:)


post signature


Komen anda amat dihargai untuk membaiki mutu blog ini. Terima kasih.

ragam di bulan puasa

kebiasaan orang berpuasa:
1.selalu cari tempat nak tidur time 'lunch'
2.buat lupa berpuasa.
3.cari tempat nak beli makanan.
4.cari kawan-kawan sembang kosong.
5.nak beli makanan bermacam-macam aneka dan warna.
6.sahur pukul 12.30 tengah malam
7.berbuka sebelum bunyi azan

keluar biasaan orang berpuasa:
1.cari tempat nak solat sunat terawih
2.berbuka di surau (nak save bajet)
3.cari kawan-kawan untuk bertadarus.
4.sentiasa mengingati ALLAh
5.bersahur dilewat-lewat waktu
6.berbuka terus selepas bunyi azan
7.memdekatkan diri dengan ALLAH

jadilah orang yang luar biasa ketika berpuasa supaya kita dapat keberkatan daripada ALLAH



post signature


Komen anda amat dihargai untuk membaiki mutu blog ini. Terima kasih.

bulan rahmat


bulan di mana syaitan dan segala konco-konconya diikat, nafsu dikekang dengan ibadah puasa, bulan di mana pintu kebaikan dibuka seluas-luasnya dengan ganjaran yang melimpah, bulan di mana pintu kejahatan dikekang dan disempitkan dengan pelbagai kekekangan.

Daripada Abu Hurairah ra dari rasulullah yang bersabda :“Apabila tibanya bulan Ramadhan maka dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka serta dibelenggu para syaitan” ( riwayat Bukhari no. 1899 dan Muslim no. 1079).

Daripada Abu Hurairah radhia Allah anhu bahawa Rasulullahsallahualaihiwassalam berkata ketika tibanya Ramadhan: "Telah datang kepada kamu bulan yang penuh dengan keberkatan di mana diwajibkan ke atas kamu puasa padanya, dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka,dikekang syaitan-syaitan, dalamnya ada satu malam yang lebih mulia daripada seribu malam, sesiapa yang terlepas daripada kebaikannya, maka dia sungguh-sungguh terlepas( daripada mendapat kebaikan)." Riwayat Ahmad, anNasaai dan alBahaiqi (Disahihkan oleh alAlbani dalam Tamam alMinnah)

jadi.jom kita topupkan pahala.zerokan dosa.

post signature


Komen anda amat dihargai untuk membaiki mutu blog ini. Terima kasih.

pelik tapi menarik

insyaALLAH sabtu ni kita akan berpuasa.
puasa kali ni mesti seronok. bukan tu sahaja,lagi-lagi tahun ni merdeka bulan puasa-puasa bulan merdeka?kira betul lah ayat ni.
yang pelik dalam gambar tersebut ialah bukan manusia yang beria-ia nak merdeka tapi patung kat kedai lagi berjiwa petriotik dari kita.pelik tapi menarik.





post signature


Komen anda amat dihargai untuk membaiki mutu blog ini. Terima kasih.

virus akhir zaman



(credit gambar untuk sm3kb)
pakai lah 'mask' untuk mengelakkan dari pada terkena virus h1n1.
jangan kerana 'mask' ni mahal tak mahu memakainya.pastikan diri anda di jauhkan dari tempat yang ramai orang.

pesanan ringkas dari cikgu sm3kb..
cara lain untuk mengelak penyakit tersebut:silalah baca ayat diatas dalam surah yassin ayat 58

post signature


Komen anda amat dihargai untuk membaiki mutu blog ini. Terima kasih.

niat solat jumaat.


kali ini penulis nak bercerita tentang niat solat jumaat.

anda semua hafal ke?

ceritanya macam ni.ada seorang hamba ALLAH ni bergaduh,pastu sorang dari mereka berkata'kalau ko hebat sangat baca niat solat jumaat'jawablah hamba ALLAh tersebut dengan berkata'aku mengaku memang aku xreti baca niat solat jumaat,ko tanye orang ko reti ke baca'hamba yang tadi menjawab'aku pon xreti'.terkejut penulis dan kawan penulis mendengar yang mereka tidak pandai mambaca niat solat jumaat.(kisah benar dari dalam kehidupan asyraf.com)cerita ni bukan nak mengaibkan korang ni untuk pengajaran.

persoalannya:mereka ni solat jumaat macam mana?



NIAT SEMBAHYANG JUMAAT




Usalli fardha Juma'ati raka'ataini adaan makmuman lillahi ta'ala

Ertinya: Sahaja aku sembahyang fardhu Jumaat dua rakaat mengikut imam tunai kerana Allah Ta'ala.


post signature


Komen anda amat dihargai untuk membaiki mutu blog ini. Terima kasih.

tarikh merdeka



31.8.1957 tarikh keramat.kita merdeka kita selamat.hidup aman semoga mendapat berkat.


semperna bulan kemerdekaan saya nak tapsirkan tarikh keramat itu.kepada yang lahir pada tarikh merdeka anda digalakkan membacanya:


Anda adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi,dan Anda sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah. Perasaan Anda tidak mempengaruhi keputusan Anda. Anda suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling Anda tetapi Anda tidak suka dipersoalkan. Anda kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian. Anda gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Anda sangat suka berahsia.


post signature


Komen anda amat dihargai untuk membaiki mutu blog ini. Terima kasih.

rubik cube

permainan ''rubik cube'' mula digilai oleh penulis.


sejarah Rubik's Cube, diciptakan oleh Erno Rubik, seorang profesor, arsitek (:P) dan desainer dari Hungaria. Awalnya beliau menciptakan kubus ini untuk membuat model penyelesaian problem geometri 3D. Ternyata...dari niatan serius...akhirnya, model kubus beliau menjadi permainan...yang menurut saya "the coolest game in the world". Ternyata orang Inggris juga setuju, buktinya tahun 2007 Rubik's Cube dinobatkan sebagai 'The Coolest Brand'.


sebagai bukti saya telah menyelesaikan rubik cube ni.saya telah membuat rakaman tersebut.lihatlah video dibawah,sama ada anda percaya atau tidak...terpulanglah.




komen lah setelah puas membaca dan melihat video diatas.


post signature


Komen anda amat dihargai untuk membaiki mutu blog ini. Terima kasih.

~israk dan mikraj~

ISRAK DAN MIKRAJ

"

Maha Suci Allah yang memperjalankan hambaNya (Nabi Muhammad) pada satu malam dari Masjid Haram ke Masjid Aqsa yang kami berkati sekelilingnya, untuk kami perlihatkan kepadanya tanda-tanda Kami. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Melihat.
(Surah Bani Israil: 1)

Allah swt.telah mengisrakkan Nabi Muhammad saw. dari Masjid Haram di Makkah ke Masjid Al-Aqsa di Palestin yang sangat jauh itu. Pada zaman dahulu, adalah menjadi perkara biasa orang berjalan kaki dari satu tempat ke satu tempat atau pun menunggang kuda, keldai, unta dan sebagainya.

Sekiranya mengikut jalan biasa, perjalanan dari Makkah ke Palestin mengambil masa lebih kurang 40 hari. Ia merupakan satu perjalanan yang jauh tetapi dengan kekuasaan Allah swt. perjalanan yang jauh itu dapat dilakukan dalam masa yang singkat yakni beberapa jam sahaja. Bagi mereka, perjalanan yang jauh itu jika dilakukan dalam tempoh beberapa jam sahaja merupakan satu perkara yang sangat mustahil dan tidak dapat diterima oleh akal mereka.

Bagi mereka, kenderaan seperti kuda, keldai, dan unta yang mereka tunggangi setiap hari tidak mungkin dapat melakukannya. Pada zaman yang serba maju sekarang, perkara tersebut bukanlah pula menjadi satu perkara yang pelik kerana sudah ada kenderaan laju seperti keretapi laju, jet, dan kapal terbang.

Sebab itulah, mereka yang tidak beriman seperti Abu Jahal dan pengikut-pengikutnya menggunakan peristiwa tersebut untuk menjatuhkan Rasulullah saw. dengan menuduh Rasulullah saw. sebagai pendusta .

Namun demikian, mereka yang beriman dapat menerima kerana peristiwa tersebut merupakan salah satu daripada kekuasaan Allah swt yang telah pernah diberikannya kepada nabi-nabi dan rasul-rasul terdahulu. Contohnya nabi Isa a.s. yang dilahirkan tidak mempunyai ayah malah beliau dapat berkata-kata semasa bayi, dapat pula menyembuhkan orang sakit, dapat menghidupkan orang yang telah mati, dan sebagainya.

Begitu juga dengan nabi Musa a.s. dengan tongkat yang Allah swt. berikan kuasa telah menjelma menjadi ular yang besar sehingga menelan semua ular ahli sihir raja Firaun. Malah, nabi Musa dapat membelah lautan untuk pengikutnya menyelamatkan diri daripada bala tentera Firaun. Banyak lagi tanda-tanda kekuasaan dari Allah swt yang telah diberikan kepada para rasul yang disebut sebagai mukjizat, dan kepada hambaNYA yang soleh yang dikenali sebagai karamah.

Dalam perjalanan Israk dan Mikraj itu, nabi Muhammad saw. telah ditunjukkan berbagai contoh teladan yang berguna untuk umat manusia.Antaranya, telah ditunjukkan seorang tua yang tidak henti-henti menambahkan beban yang sedang dipikulnya walaupun dia sudah tidak mampu untuk membawanya. Kisah ini merujuk kepada seseorang yang memegang terlalu banyak pekerjaan yang menjadi tanggungjawabnya tetapi tidak ada satu pun yang ditunaikannya dengan baik. Sepatutnya seseorang itu hanya menerima tugas yang dia sanggup menyelesaikannya dengan baik sahaja, bukannya bersifat tamak atau ingin menunjuk-nunjuk untuk menjadi lebih popular.

Rasulullah saw. juga ditunjukkan seorang lelaki yang suka makan makanan yang telah tercemar, berbau busuk, sedangkan di sampingnya terdapat makanan yang bersih dan baik. Peristiwa ini digambarkan kepada seseorang lelaki yang suka berzina, isterinya sendiri tidak dipedulikannya malah menjadi kesukaannya untuk melanggani pelacur, sehingga akhirnya dia mengidap pelbagai penyakit seperti AIDS, siflis, dan pelbagai penyakit kelamin lagi sehingga menghancurkan institusi kekeluargaan.

Hasil daripada peristiwa Israk dan Mikraj yang terbesar sekali ialah menerima tugas dan perintah dari Allah swt. untuk menunaikan ibadah Solat. Ibadah-ibadah yang lain seperti puasa, berzakat, menunaikan haji dan sebagainya disampaikan melalui wahyu yang diturunkan Allah swt. Sebaliknya, ibadah solat diterima langsung daripada Allah swt. Ini menunjukkan keistimewaan solat. Tidak ada alasan untuk kita meninggalkan solat. Jika kita sakit tidak mampu untuk berdiri maka dibolehkan duduk. Jika tidak dapat duduk maka diberi lagi kelonggaran secara berbaring, malah jika baring pun menghadapi masalah maka dibenarkan untuk melakukan dengan isyarat sahaja. Daripada aspek lain, jika air tidak ada maka dibolehkan berwuduk dengan bertayammum sahaja. Pendek kata, ibadah solat hendaklah ditunaikan walau dalam keadaan apa sekali pun dan di mana pun kita berada, kecuali timbul sesuatu halangan yang memang ditakdirkan oleh Allah swt. seperti tidak siuman, pengsan, tidak sedarkan diri, gila dan seumpamanya.

Dinyatakan bahawa sebelum menunaikan solat hendaklah kita membersihkan diri daripada najis dan mengambil air sembahyang, membersihkan tempat bersujud, dan mendirikan solat sepenuh hati dengan memberikan tumpuan seluruh jiwa dan raga kita hanya kepada Allah swt. Insyaallah, dengan amalan bersolat akan mendidik diri kita menjadi bersih, berdisiplin, dan menyihatkan rohani dan jasmani kita.


Komen anda amat dihargai untuk membaiki mutu blog ini. Terima kasih.

~dalam kenangan~

Assalamualaikum..
hari ini penulis bertungkus lumus untuk menyiapkan template baru yang diberi nama sebagai 'blacktemplate'.akhirnya pada pukul 10.51 malam ni penulis sudah selesai menyiapkan.memang penat dari pagi sampai malam nak buat template baru ni.
kepada template lama.penulis nak mintak maaf kerana telah menukar template yang baru.
harap anda semua akur dengan penulis kerana telah menukar template baru tanpa pengetahuan anda semua.

post signature


Komen anda amat dihargai untuk membaiki mutu blog ini. Terima kasih.

~asal-usul H1N1~

lepas satu demi satu malapetaka dtg kat bumi tuhan ni....terbaru,virus selsema babi or lebih dikenali dgn virus H1N1...pada pendapat korang la,dengan teknologi maju yang dunia dah ada sekarang ni,kenapa virus2 mcm ni stil boleh wujud??pelik kan....(ATAUPUN dunia hampir kiamat??) untuk tidak menakutkan anda semua.silalah menjamu selera dengan cerita lawak dibawah ini!!

tajuk:selesema babi MASA:??? TARIKH:??? DARI MANA DATANGNYA SELESEMA BABI YANG BOLEH MENGAKIBATKAN KEMATIAN KINI WABAK PENYAKIT INI TELAH BERADA DI PULAU PINANG. JADI BERHATI-HATI.INGATLAH ORANG TERSAYANG FLASH BACK SEBELUM KEJADIAN SELESEMA BABI. DIALOG ANTARA BABI-BABI DAN MANUSIA BABI1:HAI PE KHABA? BABI2:BAIK SAJE.KO PULAK? BABI1:SAMA LAH. BABI2:WEI AKU RASE MACAM TAK SEDAP HATI LAH. BABI1:KENAPA PULA? BABI2:AKUNYA HIDUNG KEBELAKANGAN NI GATAL-GATALLAH BABI1:OUH BAGI AKU TENGOK. BABI2:TENGOK LAH. BABI1:AKU RASA LAHKAN HIDUNG KAU ADA MASALAH. BABI2:BETUL KE? BABI1:KENAPA TAK PERCAYA KE? BABI2:PERCAYALAH JUGA. BABI1:CUBE KAU GARU. BABI2:OK BABI1:PUAS TAK? BABI2:LEGA LAH JUGA. (TETIBA DATANGLAH MANUSIA YANG KURANG SOPAN MENGGOSOK NOMBOR EKOR DEKAT BADAN BABI-BABI) MANUSIA1:WEI MESTI HARI NI HARI BERTUAH UNTUK AKU. MANUSIA2:AKU PON RASA HARI NI HARI BERTUAH AKU. BABI-BABI:TERUKNYA MANUSIA NI.DAH TAU NOMBOR EKOR TU HARAM MAIN BUAT APA!PASTU NAK GOSOK-GOSOK KAT BADAN AKU! MANUSIA1:PENATNYA AKU GOSOK NOMBOR NI. MANUSIA2:MEMANGLAH PENAT KALAU NAK MENANG KENALAH TAHAN SIKIT. MANUSIA1:(TANPA DISEDARI MANUSIA1 NI TELAH MENGGOSOK HIDUNG BABI YANG GATAL TU) BABI2:HA....HA.......SYUMMM......(TERBERSIN TERKENE MANUSIA1) MANUSIA1:APA NI..BERSIN KAT AKU.DAH TAU SELESEMA BAWAK LAH TISU. BABI2:WEI BABI1 HIDUNG AKU DAH TAK GATALLAH. BABI1:BAGUSLAH(SEBAB HIDUNG KAU ADA PENYAKIT YANG MERBAHAYA.) MANUSIA1:(BEBERAPA MINGGU SELEPAS TERKENE BERSIN BABI2) MANUSIA1:WEI MANUSIA2 AKU RASA TAK SIHAT BADANLAH SEMENJAK TERKENE BERSIN BABI HARI TU. MANUSIA2:JOM AKU TEMANKAN KO PEGI KLINIK. (SELEPAS SELESAI DICHECK OLEH DOKTOR.MANUSIA1 TELAH MENDAPAT PENYAKIT SELESEMA BABI. MANUSIA1:(MENINGGAL SELEPAS 3HARI TELANTAR DIHOSPITAL) BABI2:TULAH MAIN LAGI NOMBOR EKOR.KAN DAH DAPAT PENYAKIT AKU! PENGAJARAN CERITA DIATAS IALAH:JANGAN MAIN NOMBOR EKOR.NANTI DAPAT PENYAKIT SELESEMA BABI BARU TAU! CORYRIGHT BY ACAP!!

post signature


Komen anda amat dihargai untuk membaiki mutu blog ini. Terima kasih.

~biodata diri~

Photobucket
assalamualaikum.
^gambar ni masa di johor^
nama:MUHAMMAD ASYRAF BIN MOHD HATA
lahir:8 JULAI 1995
lahir di:hospital besar kuala lumpur
nama samaran:acap
jantina:lelaki
umur:14tahun
no.tel:014@^&^^(^
warna kegemaran:hitam
makanan kegemaran:nasi goreng u.s.a
minuman kegemaran:tae 'o' ais
lagu:indie band,nasyid,rock
sesiapa nak kenal lebih lanjut.sila add ym saya.
yang benar,
post signature


Komen anda amat dihargai untuk membaiki mutu blog ini. Terima kasih.

~si kecil yang pintar~

ni posting pertama tentang fakta!
jadi silalah bagi komen membena semangat ok.

lihat video di atas.
anda mampu hafal peta dunia?


post signature


Komen anda amat dihargai untuk membaiki mutu blog ini. Terima kasih.

 

Copyright @ 2009/10 asyraf.com: fakta | Original Template: Blogger | Modified By ASYRAF1995 dan ien | Resolution: 1024x768 | Best View: Google Chrome | Top